Kelas Ms. Office (Membuat Peta Minda)
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 22 Febuari 2020, Pusat Internet Tebelu telah mengadakan Kelas Ms Word (Membuat Peta Minda) bermula pada jam 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Internet Tebelu. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengimbas kembali pembelajaran yang lepas iaitu pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word dan cara membuat peta minda untuk tugasan sekolah mereka.
Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara meyediakan peta minda yang betul dan mengedit data dan mengedit tajuk pada carta dengan mudah. Peserta dikehendaki menyiapkan tugasan iaitu membuat peta minda mengenai kepentingan rumah terbuka mengikut latihan sekolah yang diberi. Sesi kelas diakhiri dengan sesi soal jawab dan pemahaman terhadap intipati pembelajaran. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: